Myvi 'dilarikan' semasa beli nasi lemak

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang petani yang sedang membeli nasi lemak di Pekan Ijok panik selepas keretanya dilarikan lelaki tidak dikenali pada Jumaat.

Kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi selepas mangsa berusia 41 tahun meninggalkan Perodua Myvi dalam keadaan enjin hidup.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta berkenaan yang dikatakan dibawa lari menghala kota Puteri atau Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin memaklumkan, laporan polis berhubung kejadian sudah dibuat dan siasatan masih diteruskan.

Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki meletakkan kereta berkenaan kira-kira lima meter dari lokasi warung nasi lemak tanpa mematikan enjin.

"Tiba-tiba kereta pengadu berwarna biru turquoise telah dicuri individu tidak dikenal pasti.

"Pengadu sedar kejadian selepas melihat kereta tersebut berundur dengan pantas dan dibawa lari menggunakan jalan besar ke arah Ijok," katanya.

Katanya, di dalam kenderaan mangsa mengandungi telefon bimbit serta kunci rumah.

Ujarnya, maklumat awal mendapati kereta tersebut didaftar atas nama isteri pengadu yang digunakan sejak 2007.

"Usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi keterangan yang disertakan pada video yang sudah mendapat lebih dari dua juta tontonan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati penjaga valet meletakkan kereta berkenaan di kawasan parkir valet sebelum…
Berita Domestik
  Pemilik Toyota Hilux yang sedang tidur, hanya menyedari pacuan empat roda itu dilarikan selepas…