Toyota Corolla Trek - wagon untuk mereka bergaya hidup aktif

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, Toyota UK telah mengumumkan penjualan Corolla Trek, iaitu Corolla Touring Sports atau wagon yang disasarkan kepada golongan yang memiliki gaya hidup yang serba aktif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Corolla Trek dibangunkan sebagai penghargaan kepada syarikat pengeluar basikal terkemuka Amerika, TREK, di mana Toyota turut membekalkan 16 buah kenderaan sokongan kepada pasukan berbasikan TREK-Segafredo World Tour. 

Apa yang membezakan antara Corolla Trek dan Corolla Touring Sports adalah set rim aloi unik bersaiz 17 inci, cladding plastik di bahagian luar, gril radiator berbentuk sarang lebah, ciri privasi pada tetingkap belakang, lampu kabus hadapan serba baharu serta lampu utama LED. 
 


Jarak kelegaaan tanah bagi Corolla Trek telah dinaikkan 20 mm bagi memberikan rupa seakan kenderaan off-road, manakala bahagian bawah depan dan belakang telah diberikan perlindungan skid plate. 

Walaupun Corolla Trek memiliki jarak kelegaan tanah yang tinggi, tiada versi pacuan semua roda dibekalkan, sebaliknya ia masih kekal dengan ciri pacuan roda hadapan sahaja. 

Bagi memastikan imej rugged Corolla Trek ini selari dengan bahagian dalaman, Toyota telah menampilkan upholsteri fabrik dua tona, papan pemuka yang diberikan inlay kayu serta lencana TREK di bahagian door-step dan juga bahagian but. 
 


Ciri moden tidak dilupakan seperti kluster digital tujuh inci, sistem infotainmen lapan inci, kawalan pelayaran adaptif, sistem pengesan penunggang basikal waktu siang serta pintu tailgate berkuasa. 

Menariknya, Toyota menawarkan dua pilihan enjin kepada para pembeli Corolla Trek - enjin 1.8 liter berkuasa 120 hp serta enjin hibrid 2.0 liter berkuasa 178 hp. 

Kedua-dua pilihan enjin ini didatangkan dengan transmisi CVT. 
 


Harga jualan pula masih lagi menjadi teka teki kerana Toyota UK masih belum mengumumkan secara rasmi tanda harga sebenar Corolla Trek. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak tahu, Corolla Trek sebenarnya merupakan versi crossover untuk model Corolla…
Berita Global
Bermula tahun 2020, para pelanggan tidak akan dapat membeli Corolla dengan nadi 1.2 liter turbo…