Polis Debyshire dapat kereta peronda Corolla Trek hibrid untuk ujian penilaian

oleh Mohamad Hanif|
Toyota UK baru-baru ini telah membangunkan sebuah model wagon Corolla Trek untuk kegunaan dan ujian penilaian oleh pasukan polis Derbyshire.

Bagi mereka yang tidak tahu, Corolla Trek sebenarnya merupakan versi crossover untuk model Corolla Touring Sports, dengan beberapa ciri unik seperti jarak kelegaan tanah ekstra 20 mm, perlindungan bawah badan, dan cladding badan plastik.
 

Corolla


Untuk kegunaan pasukan polis yang terpaksa memandu dengan kasar pada kelajuan tinggi, pihak Toyota UK telah melengkapkan Corolla Trek ini dengan pakej jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi, sistem navigasi satelit, penderia parkir, ruang untuk meletakkan anjing di belakang, serta tayar simpanan saiz penuh.
 

Corolla


Menurut Terry Hitchcock, pengurus armada pasukan polis Derbyshire berkata, pihak mereka amat menghargai peluang untuk mengoperasikan produk hibrid daripada Toyota UK itu.

"Kami ingin melihat bagaimana Corolla Trek ini menjalankan tugas, terutama dengan trenkuasa hibrid memandangkan kami sudah pun mula beralih daripada penggunaan kereta petrol dan diesel tradisional.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kenderaan itu disahkan milik sebuah kementerian. "Ia mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah…
Berita Domestik
Tindakan tegas telah diambil dengan pengeluaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil MPAJ 2007,…
Berita Domestik
Kenderaaan 4x4 itu milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dipandu oleh lelaki tempatan berusia…