Toyota Corolla bakal ditawarkan dalam versi hibrid sahaja bermula 2020 (pasaran UK)

oleh Mohamad Hanif|
Sekurang-kurangnya, untuk pasaran Eropah, Toyota bakal menawarkan sedan segmen C popular itu dalam varian hibrid sahaja, dan menghentikan terus produksi varian enjin petrol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula tahun 2020, para pelanggan tidak akan dapat membeli Corolla dengan nadi 1.2 liter turbo empat silinder sebaris yang mampu menjana 114 hp, dan 'terpaksa' mendapatkan versi hibrid yang ditawarkan dalam dua variasi enjin. 

Varian terendah akan menerima nadi 1.8 liter 2ZR-FXE empat silinder sebaris yang mampu menjana 122 hp, manakala varian tertinggi pula akan mendapat nadi 2.0 liter M20A-FXS empat silinder sebaris dengan output 180 kuasa kuda. 

Ini bermakna, Toyota Corolla kini merupakan satu-satunya sedan segmen C di dalam kelasnya yang hanya menawarkan varian hibrid kepada pasaran. 

Namun usah risau kerana Toyota UK seperti yang kami laporkan sebelum ini telah menambah dua lagi varian baharu bagi menarik perhatian umum, iaitu Corolla GR Sport dan juga Corolla Trek. 

 

Toyota Corolla GR Sport

Ini merupakan varian paling sporty (dan dalam benntuk hot hatch) yang hadir dari Toyota, di mana ia kini ditampilkan lebih agresif menerusi bumper hadapan yang lebih ganas, rekaan sarang lebah pada gril, kemasan piano black dan set rim baharu bersaiz 18 inci. 

Tempat duduk Corolla GR Sport pula dibaluti dengan fabrik hitam dan balutan ala kulit di bahagian bolster. 

 

Toyota Corolla Trek

Jika Corolla GR Sport hanya ditawarkan dalam bentuk hatchback, Corolla Trek pula didatangkan dalam bentuk eksklusif wagon. 

Corolla Trek merupakan sebuah model yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat pembuat basikal TREK dan memiliki pemnampilan yang lebih agresif seakan-akan sebuah crossover wagon yang dipelopori oleh Volvo. 

Imej ini disumbangkan oleh penggunaan plastik fender berwarna hitam, bumper dengan kemasan perak, sistem suspensi dengan tambahan ketinggian 20 mm dan rim aloi bersaiz 17 inci. 

Ruang kabin pula dihiasi dengan upholsteri fabrik dua tona dan trim kayu pada papan pemuka. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota UK baru-baru ini melancarkan Yaris Hybrid GR Sport yang direka untuk pembeli di United…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak tahu, Corolla Trek sebenarnya merupakan versi crossover untuk model Corolla…