Toyota Corolla generasi kelima, model ikonik dalam sejarah Corolla!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla Levin
Toyota Corolla Levin
Toyota Corolla adalah sebuah model ikonik dan paling popular di dunia dengan jualan sebanyak 50 juta unit dan membawa tuah kepada Toyota.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Corolla berjaya membuka jalan untuk orang ramai mengenali Toyota dan membina kepercayaan terhadap produk buatannya.

Toyota memang banyak model, namun yang paling mudah ditemui di merata tempat ialah Corolla dan Hilux.

Di sesetengah pasaran, Corolla merupakan kereta pertama dan di tempat lain merupakan pilihan premium dan lambang kejayaan buat pemiliknya. 

Projek Corolla generasi pertama diketuai Tatsuo Hasegawa yang sebelum itu merekabentuk kapal terbang ketika Perang Dunia Kedua.

Sebelum Corolla beliau terlibat dalam projek pembangunan Publica dan Toyota Sports 800. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Corolla 5th_model_1983_s

 

Satu inovasi penting yang dibawa Tatsuo Hasegawa ialah konsep 80-plus points untuk Corolla. 

Toyota dikenali dengan kesempurnaan tetapi kenapa sekadar markah 80 sahaja? Apa yang ditekankan Tatsuo Hasegawa ialah keseimbangan.

Apa yang dimahukan beliau ialah dapatkan markah tinggi yang seimbang dan pada masa sama sasarkan 90 markah (atau lebih) dalam beberapa bahagian.

Ini sesuatu yang praktikal dan boleh dilihat pada Corolla. Pastinya ada kereta lebih sempurna namun Corolla menang pada kebolehpercayaan atau senang kata, boleh diharap.

Walaupun Corolla hadir dengan imej kereta kebanyakan, Toyota tidak lupa untuk membawa elemen sporti.

 

Toyota Corolla 5th generation 02

 

Aspek tersebut sebenarnya dibawa melalui reka bentuk dan gaya badan generasi pertama lagi.

Selepas empat generasi, Toyota memperkenalkan Corolla generasi kelima (E80) pada tahun 1983.

Generasi ini mempunyai kisah menarik dan berjaya meletakkan nama Corolla dalam himpunan model legenda.

Corolla generasi kelima menyaksikan pertukaran pacuan roda belakang kepada roda depan.

Pada masa itu Corolla adalah model yang lambat bertukar pacuan dan kebanyakan model penumpang pesaing sudah pun menggunakan pacuan depan.

Penukaran pacuan menghasilkan ruang yang lebih luas untuk Corolla.

 

Toyota Corolla Levin Apex

 

Satu fakta yang perlu diketahui ialah Corolla generasi kelima turut dijenamakan semula sebagai Chevrolet Nova dan dijual di Amerika Syarikat dan Kanada.

Apa lagi yang menarik pada Corolla generasi kelima? Dari sini lahirnya AE85 (hachi go) dan AE86 yang turut popular dengan nama hachi roku.

Model coupe tersebut kekal dengan pacuan roda belakang dan di situ terletak keistimewaannya.

Secara asasnya, AE85 dibina untuk pasaran Jepun dengan stereng sebelah kanan dan enjin yang kurang berkuasa berbanding AE86.

Boleh disimpulkan bahawa AE85 dibina untuk ekonomikal manakala AE86 pula cenderung kepada prestasi dengan pelbagai varian seperti GT, GT Apex dan Black Limited.

 

Toyota Corolla Levin Apex

 

Dari segi rangkaian kuasa, AE85 dilengkapi enjin 1.5 liter SOHC 3A-U karburator berkuasa 83 bhp dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

AE86 pula dibekalkan enjin 1.6 liter DOHC 4A-GE dengan suntikan bahan api berkuasa 128 bhp dan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Selain gaya badan sedan dan coupe, Corolla generasi kelima turut ditawarkan dalam versi liftback dengan konsep wagon mini.

Toyota memang handal dalam memenuhi keragaman pelanggan dan lihatlah apa yang ditawarkan pada generasi kelima ini.

 

Toyota Corolla Liftback 5th gen

 

Selain enjin petrol 1.3L, 1.5L dan 1.6L, Corolla generasi kelima turut mempunyai enjin 1.8 liter diesel.

Berbalik kepada AE86, belum ada lagi Corolla yang menjadi inspirasi kepada model Toyota lain kecuali model ini.

Hasilnya boleh dilihat pada Toyota 86 dan terbaru GR86 dan jangan lupa bahawa kedua-dua model ini mempunyai hubung kait dengan Corolla!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota GR86

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…