Toyota C-HR talaan Cusco - sedia untuk beraksi (dan boleh dibeli!)

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda kepada syarikat Carroser Co. Ltd atau lebih mesra dengan nama Cusco?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat ini pernah suatu ketika dahulu memilih sebuah Satria Neo pekak untuk dijadikan sebagai jentera rali untuk kegunaan Junior Rally Championships di Jepun dan Asia Pasifik pada tahun 2011.

Luar nampak standard, namun di dalam penuh dengan barangan yang ditala khusus oleh Cusco sebelum ia dijual kepada mana-mana pihak yang inginkan sebuah jentera Group N. 

Rasa bangga juga apabila ia berjaya memasuki pasaran Jepun pada ketika itu. 

 


Itu cerita beberapa tahun yang lalu, dan kini Cusco mengumumkan sebuah jentera yang dibina khusus untuk bertanding di dalam FIA Asian Pacific Rally Championship (APRC), Japan Super Rally Series (JSR) dan beberapa perlumbaan di bawah FIA International Rally.

Menariknya, ia bukan sebuah hatchback, akan tetapi ia sebuah Toyota C-HR!

Menurut Cusco, data-data perlumbaan jentera Yaris 4WD yang terlibat di dalam APRC dan JSR digunakan sepenuhnya untuk pembangunan jentera rali C-HR ini. 

Mengikut regulasi APRC AP4, C-HR ini menggunakan enjin dan transmisi yang sama iaitu TRD-8AR 2.0 liter dengen pengecas turbo dipadankan dengan transmisi sekuential daripada Drenth lima nisbah kelajuan. 
 


Manakala sistem suspensi dan differential belakang juga telah dibangunkan khusus untuk dimuatkan pada C-HR rali ini. 

Pasukan Cusco juga telah menguji pengendalian jentera ini secara ekstensif bermula awal bulan lalu dan pelancaran rasmi (serta harga jualan) bakal diumumkan kelak. 

Berikut merupakan ringkasan spesifikasi Toyota C-HR Cusco. 

Asas: TOYOTA C-HR
Enjin:TRD-8AR 2.0L Turbo
Transmisi:Drenth Sequential 5-speed gearbox
Suspensi:CUSCO
Differential:CUSCO
 

Sumber: Cusco

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Global
Menurut laporan Best Car Web, Toyota C-HR 2024 dijangka akan membawakan penawaran trenkuasa hibrid…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia…