Toyota berjaya jual 15 juta kereta hibrid semenjak pengenalan Toyota Prius

oleh Mohamad Hanif|
Sejarah penglibatan Toyota dalam segmen kenderaan hibrid bermula dengan pengenalan model Toyota Prius pada tahun 1997, daripada generasi pertama yang membawakan rekaan sedan sehinggalah kepada generasi kedua dan seterusnya dalam bentuk liftback kompak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Prius juga merupakan kenderaan hibrid pertama yang dihasilkan secara besar-besaran dan boleh juga dikatakan sebagai pencetus kepada ummah hibrid sehingga kini.

Toyota juga kini kekal menjadi pendahulu di dalam segmen tersebut apabila pengeluar Jepun itu (termasuk Lexus) kini berjaya menjual lebih daripada 15 juta unit kereta hibrid di seluruh dunia.

Bermula daripada unit tunggal Toyota Prius, Toyota dan Lexus menawarkan 44 buah model dengan trenkuasa hibrid yang merangkumi sedan kecil, sedan bersaiz penuh, sedan premium, crossover dua baris tempat duduk dan juga tiga baris tempat duduk.

Manakala di peringkat Eropah, penjualan kereta hibrid kedua-dua pengeluar tersebut kini merangkumi 52 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan pada tahun lalu (2019).

Malah, menjelang tahun 2025, Toyota bakal memperkenalkan lebih daripada 40 unit kereta hibrid baharu dan model yang dikemaskini yang dikhususkan untuk pasaran Eropah, lokasi di mana peraturan dan regulasi emisi semakin ketat berbanding benua lain.

Ini kerana untuk tahun 2020 dan 2021, Kesatuan Eropah mensasarkan target emisi CO2 serendah 95g/km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.…
Berita Global
Jawatan itu kini disandang oleh bekas CEO Lexus dan bos Toyota Gazoo Racing, iaitu Koji Sato,…
Berita Global
Antara punca penurunan tersebut ialah usaha memperbaiki operasi syarikat ketika kekurangan komponen…