Antara punca penurunan tersebut ialah usaha memperbaiki operasi syarikat ketika kekurangan komponen chip dan peningkatan harga bahan.
Namun begitu Toyota kekal dengan unjuran keuntungan bersih tahunan pada 2.36 trilion yen, penurunan sebanyak 17.2 peratus berbanding tahun lalu.
Pendapatan operasi syarikat itu meningkat 22 peratus untuk tempoh Oktober hingga Disember berbanding 956.6 bilion yen tahun lalu. Ia adalah peningkatan pertama dalam lima suku lalu, membuktikan efek positif kelemahan matawang yen dan peningkatan jumlah penjualan yang membantu mengimbangkan efek negatif akibat peningkatan harga bahan-bahan.
Toyota juga menurunkan sasaran pembuatan sebanyak 100,000 unit kepada 9.1 juta unit tetapi masih mengekalkan sasaran penjualan tahunan kepada 9.4 juta unit kerana ia menjangkakan peningkatan jualan di Jepun dan beberapa rantau lain, walaupun kadar jualan menurun di Eropah dan Asia.
Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) adalah dalam 20,000 unit, 1.7 kali ganda lebih tinggi dari tahun lalu.
Toyota merancang untuk melancarkan model EV pertama Lexus, iaitu RZ dan mensasarkan ia akan menjual 3.5 juta unit BEV menjelang tahun 2030.
Toyota dilaporkan akan kekal menjual model-model enjin petrol konvensional, hibrid dan fuel-cell.
Sumber: Nikkei Asia