CEO baharu Toyota, Koji Sato bakal tingkatkan pembangunan EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan Januari yang lepas, dunia automotif dikejutkan dengan perletakan jawatan oleh Akio Toyoda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyota.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jawatan itu kini disandang oleh bekas CEO Lexus dan bos Toyota Gazoo Racing, iaitu Koji Sato, dimana beliau telah melantik Masanori Kuwata sebagai pengganti jawatan lamanya.

Tanpa membuang masa setelah dilantik sebagai CEO baharu Toyota, Koji Sato telah mengumumkan strateginya untuk meningkatkan pembangunan dan penghasilan EV syarikat gergasi Jepun tersebut.

Menurut laporan Automotive News, Koji Sato berkata, "Yang pertama ialah pembaharuan perniagaan bermula dengan BEV generasi akan datang,"

 

2

 

"Untuk menyampaikan BEV yang menarik kepada lebih ramai pelanggan, kami mesti memperkemaskan struktur kereta dengan pemikiran yang mengutamakan BEV, kami mesti mengubah cara kami menjalankan perniagaan secara drastik."

Walaupun tiada maklumat terperinci berkaitan platform baharu, Toyota dikatakan akan perkenal platform baharu yang dibina khusus untuk penggunaan EV menjelang tahun 2026.

Koji Sato turut menambah, "Pasukan pengurusan Toyota adalah seperti pasukan bola sepak,"

"Pembentukan itu harus fleksibel bergantung kepada cabaran yang kami hadapi. Peranan saya sebagai presiden adalah untuk memaksimumkan kekuatan pasukan sebagai kapten."

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.…
Berita Global
Antara punca penurunan tersebut ialah usaha memperbaiki operasi syarikat ketika kekurangan komponen…
Berita Global
Menurut Ketua Saintis Toyota Motor Corp, Gill Pratt kepada Reuters baru-baru ini, beliau percaya…