Toyota 86 bakal menjadi model eskslusif untuk pasaran Jepun?

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara Toyota/Subaru mungkin akan mengambil pendekatan berbeza menjelang pengenalan model generasi baharu 86/BRZ yang dijadualkan pada tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, berbeza dengan laporan yang pernah kami terbitkan sebelum ini, laman tersebut menyatakan bahawa kembar 86/BRZ akan dibangunkan menggunakan platform Subaru (Subaru Global Platform), dan bukannya pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA).

Namun, dari segi aspek trenkuasa, kedua-dua model baharu tersebut bakal dilengkapi dengan nadi boxer empat silinder aspirasi natural 2.4 liter yang menghasilkan 220 PS dan 240 Nm.

Jika dibandingkan dengan generasi terkini, enjin FA20 (kod Toyota 4U-GSE) 2.0 liter boxer itu mampu menjana 207 PS dan 212 Nm.

 


Satu lagi berita menarik adalah khabar angin yang menyatakan bahawa Subaru BRZ bakal dihentikan penawarannya di pasaran Jepun dan eksklusif untuk pasaran global.

Ini bermakna, Toyota 86 generasi baharu berkemungkinan besar hanya akan ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja.

Namun, kami amat berharap generasi baharu Toyota 86 (dan versi prestasi tinggi GR86) akan dibawa masuk secara rasmi oleh UMW Toyota, melihatkan kepada kehadiran model Gazoo Racing seperti GR Supra dan juga GR Yaris yang bakal membuat kemunculan dalam masa terdekat.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Creative311 dan video daripada Instagram kystify, kelibat model ujian…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…
Berita Global
Subaru pula nampaknya mengikuti jejak langkah yang serupa untuk model BRZ dengan melancarkan versi…