Subaru BRZ Final Edition - 100 unit, untuk pasaran Jerman sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Toyota telah pun melancarkan versi pengakhiran terhadap kereta sports pacuan roda belakang iaitu Toyota 86 Black Limited dengan produksi dihadkan kepada 86 unit sahaja.

Subaru pula nampaknya mengikuti jejak langkah yang serupa untuk model BRZ dengan melancarkan versi penutup BRZ Final Edition khusus untuk pasaran Jerman. 

Dihadkan unit produksi kepada 100 unit sahaja, Subaru BRZ Final Edition ini ditawarkan dalam warna Crystal Black Silica sebagai warna standard, atau tambah lagi €100 untuk warna Blue Pearl. 

Sistem gantungan pula menggunakan penyerap hentak daripada Sachs manakala rim bersaiz 17 inci menghiasi ruang arca roda dan diakhiri dengan angkup brek berwarna merah. 
 


Tema biru diteruskan di bahagian kokpit dengan penampilan upholsteri kulit dan tempat duduk balutan Alcantara dua tona (biru/hitam), jahitan biru pada stereng, papan pemuka, panel pintu dan juga tombol gear. 

Sama seperti Toyota 86 Black Limited, Subaru BRZ Final Edition masih mengekalkan peranan enjin boxer 2.0 liter aspirasi natural yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan 205 Nm, serta transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Untuk mereka yang tidak menggemari klac, versi automatik turut ditawarkan sebagai opsyen dengan tambahan wang sebanyak €1,700. 

Harga jualan di Jerman pula bermula dari €40,270 atau RM191,35 mengikut kadar pertukaran matawang semasa. 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Toyota sekarang ini sedang giat mengikat kerjasama dengan pengeluar Jepun lain. Pada bulan lalu…
Berita Global
Namun, jika anda sedang merancang untuk memecahkan tabung yang sudah penuh terisi, tunggu dulu!…
Berita Global
Tiada sebarang petanda bahawa model popular ini akan menerima pengganti, sebaliknya Toyota…