Subaru akhiri produksi BRZ di Jepun, tidak lagi terima tempahan

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pengenalan generasi baharu Subaru BRZ dan kembarnya Toyota GT86 pada tahun 2021, Subaru dalam satu kenyataan mengumumkan mereka tidak lagi menerima tempahan terhadap Subaru BRZ menerusi satu mesej yang terpapar di laman web rasmi Subaru Jepun.

Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang Subaru yang terletak di Gunma.

Berdasarkan laporan terdahulu, model pengganti untuk Subaru BRZ/Toyota 86 dilaporkan bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dengan enjin bersesaran lebih besar, 2.4 liter dan mampu menjana 252 kuasa kuda.

Terdapat beberapa sumber menyebut platform TNGA bakal digunakan menggantikan platform Subaru, disebabkan ia mampu diadaptasikan dengan trenkuasa pacuan roda belakang.

Toyota juga difahamkan akan menggunakan nama baharu bagi versi yang lebih berkuasa, iaitu GR 86 sebagai penambahan baharu terhadap garaj Gazoo Racing yang kini memiliki GR Supra dan GR Yaris.


Sumber: Autocar

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana, berbeza dengan laporan yang pernah kami terbitkan sebelum ini, laman tersebut…
Berita Global
Subaru pula nampaknya mengikuti jejak langkah yang serupa untuk model BRZ dengan melancarkan versi…
Berita Global
  Toyota sekarang ini sedang giat mengikat kerjasama dengan pengeluar Jepun lain. Pada bulan lalu…