Touchscreen sekarang terlalu kecil? Sony lancar skrin 10.1 inci untuk kereta anda!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika anda rasa kereta anda perlukan skrin sesentuh yang lebih besar dari saiz 2-DIN, Sony ada jawapannya.

Model Mobile ES In-Car Receiver XAV-9500ES datang dengan Android Auto dan Apple CarPlay serta skrin sebesar 10.1 inci, bagi menepati  citarasa mereka yang mahukan sesuatu yang lebih mudah dilihat dan digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skrin 10.1 inci LCD tanpa silau itu mempunyai resolusi 1280 X 720 dan ia sebenarnya hanya menggunakan slot DIN tunggal.

Ia juga boleh dilaraskan kepada empat posisi untuk memudahkan anda memasangnya pada papan pemuka kenderaan - agar tidak menghalang operasi suis kenderaan atau corong pendingin hawa.

 

 

Sony ini mempunyai kemudahan USB Type-C dan terminal di belakang membenarkan keupayan mengecaj sehingga 3A untuk sebarang peranti lain.

Untuk pengguna Apple dan Android, Sony berkata ia mempunyai fungsi nirwayar untuk CarPlay dan Android Auto tetapi bergantung kepada negara dan kawasan-kawasan tertentu.

XAV-9500ES juga boleh disambungkan kepada tiga kamera untuk membanti fungsi kamera undur.

Dari segi audio, model Sony XAV-9500ES ini mempunyai sokongan untuk teknologi nirwayar Sony LDAC yang menyalurkan audio resolusi tinggi (Hi-Def) menggunakan Bluetooth.

LDAC sebenarnya membenarkan tiga kali ganda data audio disalurkan kepada speaker, memberikan kualiti audio yang lebih mengujakan.

 

 

Selain dari itu, ia mempunyai enam channel audio (empat untuk speaker dan dua untuk subwoofer), 14-band EQ, enam jenis 8-band parametric EQ dan juga crossover 3-zon.

Jika anda faham perenggan di atas itu, anda pasti berkata harga RM5,412 ini berbaloi.

Sayangnya, harga itu hanya untuk pasaran US dan harga untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat…