Sony labur RM313 juta di Thailand untuk hasilkan sensor imej sistem autonomi kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan Sony telah memulakan operasi pembuatan semikonduktor di Thailand untuk memenuhi permintaan sensor imej automotif yang semakin meningkat kerana fungsi sistem bantuan memandu dalam kereta-kereta sekarang.

Syarikat itu telah melabur sebanyak US$66 juta atau RM313 juta untuk membina fasiliti baru di kilang Sony yang sudah sedia ada di wilayah Pathum Thani.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70 peratus dan akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan, 20 peratus darinya ialah jurutera-jurutera, menjelang 2026.

Sony juga telah menyediakan ruang untuk penambahan fasiliti sekiranya permintaan semakin meningkat.

Sensor itu digunakan dalam fungsi kenderaan berautonomi atau pandu sendiri di mana ia akan mengesan kehadiran pejalan kaki dan juga objek-objek di sekeliling kenderaan.

Teknologi yang semakin canggih dijangka akan terus meamcu fungsi panduan autonomi dalam produk automotif dan Sony mensasarkan pegangan pasaran sebanyak 39 peratus, naik 14 peratus dari sekarang.

Menurut Takeshi Matsuda, pengarah urusan kilang Sony Device Technology (Thailand), walaupun kerajaan Thailand akan mengumumkan kadar gaji minimum yang lebih tinggi di negara itu, ia tetap akan memberikan Sony kelebihan dari segi kos.

Laporan penuh di Nikkei Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat…
Berita Global
Dalam masa yang sama, mereka turut menyiarkan sebuah video acah berdurasi 15 saat model EV yang…