Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat baharu itu berada di posisi tepat untuk memanfaatkan perubahan pilihan pengguna serta memadankan gajet berteknologi tinggi di dalam industri automotif.
"Sony mempunyai teknologi kandungan, perkhidmatan dan hiburan yang dapat menggerakkan orang ramai.
"Kami akan menyesuaikan kesemua aset ini ke dalam mobiliti, dan ini merupakan kekuatan kami untuk berdepan dengan Tesla," jelasnya lagi.

Bekas ketua perniagaan robotik AI Sony itu turut menambah, adalah tidak mustahil untuk mengintegrasikan konsol PlayStation 5 ke dalam kereta yang membolehkan para pemilik dapat menikmati permainan video di dalam kabin.
Untuk makluman, kerjasama antara Honda dan Sony telah ditubuhkan pada awal tahun ini.
Dalam syarikat baharu itu, Honda bertanggungjawab untuk menghasilkan model pertama, sementara Sony pula akan membangunkan aspek perkhidmatan mobiliti serta perisian yang bersesuaian.
Sumber: Financial Times