Touch 'n Go eWallet bakal tawar perkhidmatan pelaburan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, Kumpulan Touch 'n Go (TNG) menerusi anak syarikatnya TNG Digital Sdn Bhd telah diberikan kelulusan bersyarat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk beroperasi sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelulusan bersyarat tersebut akan emmbolehkan syarikat itu menguruskan pengendalian serta mengedarkan produk pasaran modal secara langsung, termasuk dana unit amanah pasaran wang menerusi aplikasi e-dompet Touch 'n Go.

Menurut Effendy Shahul Hamid selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan TNG menjelaskan, "Status RMO ini membolehkan kami menawarkan kepelbagaian produk digital yang inovatif kepada pengguna.

Pihak TnG juga merancang untuk menawarkan produk kewangan berbentuk pelaburan dan membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan pelaburan asas pada kadar serendah RM10 sahaja.

Maklumat anjut berhubung penawaran penyelesaian e-kewangan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…