Tambah nilai TNG eWallet guna kad kredit dikenakan caj 1 peratus mulai 23 Februari ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) akan mengenakan caj satu peratus untuk semua tambah nilai Touch n Go eWallet (TNG eWallet) menggunakan kad kredit mulai 23 Februari ini.

Bagi tambah nilai melalui kad debit dan DuitNow, TNGD memaklumkan bahawa urus niaga itu kekal percuma tanpa sebarang caj.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang melampau menggunakan kad kredit ke akaun bank.

Selain itu, katanya, ia bagi mengurangkan kos besar kad kredit yang ditanggung oleh TNGD selama ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pengguna TNG eWallet untuk menggunakan DuitNow untuk membuat tambah nilai kerana ia menggunakan proses pemindahan dana antara bank.

"Sebagai institusi kewangan terbesar yang menguruskan lebih 20 juta pengguna yang disahkan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), kita mesti mencari keseimbangan antara kemudahan, keselamatan dan kemampanan kos jangka panjang syarikat.

"Untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, kami masih membenarkan kad kredit sebagai satu daripada saluran tambah nilai tetapi kami juga menggesa pengguna untuk menambah nilai eWallet mereka melalui DuitNow atau kad debit, yang kedua-duanya adalah percuma.

"Apabila membuka akaun eWallet, pengguna diberikan nombor akaun DuitNow sama seperti akaun bank. Anda boleh menemui nombor akaun DuitNow ini pada bahagian profil eWallet," katanya.

Pada Oktober tahun lalu, TNGD pernah menurunkan had tambah nilai kad kredit percuma kepada RM1,000 sebulan berbanding RM5,000 sebelumnya.

Dengan langkah itu, TNGD menjelaskan , ia sebagai cara mengekang pengeluaran kad kredit ke akaun bank.

 

Berita Harian