TOUCH ’N GO AGIH BUBUR LAMBUK MELALUI KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

oleh Firdaus Razani|
Touch 'n Go Group (Touch 'n Go), bersama Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia ("PSKLM") menganjurkan acara pengagihan 800 pek bubur lambuk serta kempen kesedaran keselamatan jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu di Plaza Tol Shah Alam.

Pengagihan bermula dengan 40 pemandu pertama menerima pek Ramadan yang terdiri daripada bubur lambuk, bersama-sama pesona ikonik Cat "Oyen" Touch 'n Go, kurma dan air mineral.

 

tng

 

Acara itu diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Sazali bin Harun, CEO Touch 'n Go Sdn Bhd, Praba Sangarajoo, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaafar, dan Presiden PSKLM, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi,

Pada masa yang sama, kempen keselamatan jalan raya turut diadakan di lorong penunggang motosikal, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penunggang motosikal.

Tambahan itu, jaket keselamatan turut diedarkan kepada penunggang motosikal bersama pek Ramadan, dengan mesej jelas tentang kepentingan memakai jaket keselamatan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Presiden PSKLM, mengulas inisiatif itu dengan menegaskan keperluan kempen sebegini bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang semakin meningkat terutama pada musim perayaan seperti Ramadan dan Hari Raya.

 

tng

 

Beliau memetik statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), mendedahkan sebanyak 1,539 kemalangan dan 13 kematian membabitkan pengguna jalan raya setakat 17 Mac 2024.

Selaku CEO Touch ’n Go, Praba turut mengingatkan para pengguna supaya menyemak baki TNG Wallet mereka sebelum melakukan perjalanan.

“Hampir 60 peratus kenderaan yang tersekat di lorong FID kekurangan baki yang mencukupi.

“Selain itu, bagi pengguna kad Touch 'n Go, memuat semula melalui Fungsi NFC eWallet TNG dengan telefon dan kad berdaya NFC adalah mudah.”tambahnya.

Touch 'n Go, dengan komitmennya untuk memajukan landskap mobiliti Malaysia, terus mempelopori pembayaran tol tanpa sentuh dan tanpa tunai.

Dengan 33 lebuh raya di seluruh negara, syarikat itu tetap berdedikasi untuk memupuk pengalaman perjalanan yang selamat dan mudah untuk semua pengguna.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan…