TotalEnergies, Li-Ning lancar Kejohanan Badminton 3V3 pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
TotalEnergies Malaysia dengan kerjasama Li-Ning Malaysia mengumumkan pelancaran kejohanan rasmi badminton 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023 yang disasarkan untuk golongan pemain bukan profesional di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejohanan badminton tiga lawan tiga (3V3) itu akan memulakan perlawanan pertama di Kuala Lumpur pada 15 September 2023, diikuti negeri Johor, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak.

Pemenang daripada setiap negeri akan mara ke pusingan terakhir pada 18-19 November di Kuala Lumpur.

Berikut merupakan kategori yang dipertandingkan:
• Pasukan Lelaki - kategori bawah 30 tahun dan atas 30 tahun
• Pasukan Terbuka Campuran - sekurang-kurangnya seorang pemain wanita
• Pasukan Campuran (Mixed Fun Team) - sekurang-kurangnya seorang pemain bawah 15 tahun

Yuran pendaftaran RM300 akan dikenakan untuk setiap masukan, sementara hadiah bernilai RM338,800 bakal menanti pemenang kejohanan badminton 3V3.

Kejohanan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, manakala kelayakan tidak akan diberikan kepada pemain kebangsaan atau profesional yang telah menyertai kejohanan antarabangsa di bawah Badminton Asia dan BWF dalam tempoh lima tahun lepas (2018-2023).

Sebagai info, kejohanan badminton 3V3 merupakan format yang telah dipertandingkan di lebih 20 bandar di seluruh China sejak tahun 2017 lagi.

TotalEnergies merupakan rakan penaja utama, Rakan Tenaga Rasmi, serta Rakan Minyak Pelincir Rasmi Kejohanan Utama Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) termasuklah Kejohanan Dunia BWF, Kejohanan Akhir BWF Piala Thomas dan Uber, dan Kejohanan Akhir BWF Piala Sudirman.

TotalEnergies turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan S-OIL Total Energies Lubricants Co. Ltd untuk menjadi rakan rasmi Persatuan Badminton Korea, serta rakan penaja kejohanan badminton antarabangsa yang diadakan di Korea.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan INI.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pertandingan yang menawarkan hadiah AS$400,000 (RM1.6 juta) itu bakal bermula pada 7-12 Januari…
Berita Domestik
  “Dilancarkan bersama oleh Perodua dan KPM pada Februari 2018, BTDP adalah program pembangunan…
Informasi
Daihatsu Motor Berhad telah mengadakan sesi Majlis Tandatangan Penaja sebentar tadi di mana…