Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2018

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daihatsu Motor Berhad telah mengadakan sesi Majlis Tandatangan Penaja sebentar tadi di mana Daihatsu akan menaja pertandingan Badminton World Federation (BWF) di Indonesia dan Malaysia bagi tahun 2018 dan 2019. Inisiatif ini bertujuan membangunkan sukan badminton untuk diperluaskan ke luar negara.

Di Malaysia, kejohanan ini akan dikenali sebagai Perodua Malaysia Masters 2018.  Sebelum ini Daihatsu telah menaja kejohanan badminton di Daihatsu Yonex Japan 2017 pada bulan lepas, di mana pemain-pemain badminton bertaraf dunia telah beraksi.

Presiden BAM (Badminton Association Malaysia), Dato Sri Mohamad Norza turut memaklumkan bahawa hadiah ganjaran yang  lebih lumayan akan ditawarkan bagi kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 dan amat berterima kasih kepada Perodua dan Daihatsu kerana penajaan sukan tersebut.

 

perodua group with players

 

Pengarah Pegawai Eksekutif Daihatsu, Osamu Naruse dalam ucapan beliau telah menyatakan penajaan kejohanan sukan badminton dipilih adalah kerana sukan ini sangat popular di negara Asia terutama Indonesia dan Malaysia dan Daihatsu juga mempunyai hubungan erat dengan masyarakat di kedua-dua negara tersebut. Daihatsu telah memilih untuk menyokong badminton di negara-negara ini untuk menyumbang kepada negara dan masyarakat setempat dengan cara penajaan sukan untuk merapatkan pertalian persahabatan.   
 
Daihatsu juga berhasrat untuk menyokong pasukan badminton nasional dan pasukan badminton negara Jepun dan akan mempromosikan permainan tersebut secara aktif bagi melahirkan barisan pelapis dan pemain generasi akan datang melalui penajaan sukan ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…
Berita Global
Tiga model yang dimaksudkan itu ialah Daihatsu Gran Max, Toyota Town Ace serta Mazda Bongo. Tiada…