Pertandingan badminton Perodua Malaysia Masters tawarkan hadiah RM1.6 juta

oleh SALINA JALIL|
Daihatsu dan Perodua mengumumkan bahawa acara pertandingan badminton Perodua Malaysia Masters akan ditaja oleh mereka untuk tempoh dua tahun lagi, sehingga 2021.


Perodua Malaysia Masters akan menjadi acara pertama dalam kalendar HSBC World Tour Super 500.

 

Pertandingan yang menawarkan hadiah AS$400,000 (RM1.6 juta) itu bakal bermula pada 7-12 Januari 2020 dan telah menjemput para pemain terbaik ke Axiata Arena, Kuala Lumpur.

 


Dengan kerjasama baharu ini, Daihatsu dan Perodua menunjukkan komitmen mereka untuk membangunkan sukan badminton negara, selain menyaksikan acara permainan yang menarik buat peminat sukan itu. 

 

Daihatsu, Perodua dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga ingin menggunakan pendedahan pertandingan itu untuk memupuk minat terhadap sukan badminton di peringkat akar umbi. 


Kerjasama di antara tiga pihak itu dilihat semakin mantap dalam menguatkan semangat di kalangan pemain muda negara.

 

player

 

“Dengan kejayaan menamatkan Program Pembangunan Bakat Badminton untuk tahun kedua dan liputan Perodua Malaysia Masters yang bertaraf dunia, semua ini cukup signifikan lebih-lebih lagi ketika Olimpik Tokyo bakal berlangsung tahun hadapan. 

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, “saya yakin pemain muda cukup bersemangat untuk meningkatkan lagi potensi diri mereka dalam sukan badminton.”

 

Para peminat sukan ini dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan sengit dari pakar beregu campuran negara, Goh Liu Ying-Chan Peng Soon dan pemain-pemain lain yang menjanjikan aksi menarik di gelanggang nanti.

 

Tiket boleh dibeli di https://myticket.asia/ bermula pada 25 November 2019. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Jualan di bulan Mei terdiri daripada 2,612 Myvi, 2,028 Axia, 1,820 Bezza, 950 Aruz dan 476 Alza…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "kami juga ingin mengumumkan…
Berita Domestik
Walaubagaimana pun para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Perodua terlebih dahulu untuk…