Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan mobiliti selamat dan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan masyarakat dan para pelajar sekolah Malaysia.
Disasarkan untuk pelajar di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia, program itu direka untuk mendidik dan memperkasakan generasi muda sebagai duta keselamatan jalan raya dan pengguna jalan raya.
Objektif utamanya bagi meningkatkan kesedaran tentang peraturan keselamatan jalan raya, tingkah laku berjalan selamat dan cara menggunakan infrastruktur jalan raya sebagai pejalan kaki.
Program itu telah digunakan di 89 sekolah seluruh Malaysia, dengan 283 guru terlatih dan mencecah 26,125 kanak-kanak berumur dari 10 hingga 16 tahun sejak dilancarkan pada Julai 2022.

Ianya menampilkan struktur pembelajaran berasaskan web atas talian, dan disasarkan untuk mencapai 220 sekolah di seluruh negara.
Program VIA Safe Mobility juga dilancarkan secara global melalui TotalEnergies, di mana angka pencapaian program itu secara global telah mencapai 500,000.
Ianya merangkumi 40 negara di seluruh lima benua yang telah menggunakan program itu di 1,500 sekolah dan pusat belia,
dengan kerjasama kira-kira 40 NGO tempatan seluruh dunia.
Bagi sekolah yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada program VIA Safe Mobility Malaysia 2023, sila layari laman web ARUS Academy untuk maklumat lanjut.