PIALA 3v3 TOTALENERGIES X LI NING 2023 BERAKHIR DENGAN GEMILANG

oleh Hamimah Hamid|
TOTALENERGIES Malaysia bersama Li-Ning Malaysia telah mengakhiri Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning pertama mereka baru-baru ini.

Grand Finale telah menghimpunkan 31 pasukan dari KL, Johor, dan Penang yang bersaing selama dua hari pada 18-19 November bagi memenangi wang tunai dan barangan eksklusif sebanyak RM150,800.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekas legenda badminton Malaysia, Tan Boon Heong dan Goh Liu Ying, turut menyerikan Grand Finale tersebut dengan kehadiran mereka.

 

Turut hadir, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, Jennifer Li, Pengarah Sunlight Sports, Datuk Seri Sam Soh dan Ketua Pembangunan Perniagaan Li-Ning Malaysia, Simon Soh.

Pemain bermain dgn penuh semangat

Menurut Jennifer, sukan badminton sejajar dengan nilai teras TotalEnergies.

 

"Seperti yang kita semua tahu, badminton adalah sukan yang memerlukan ketangkasan, ketepatan, dan keazaman, dan ia benar-benar mengagumkan untuk menyaksikan lebih daripada 100 pasukan bermain selama dua bulan lalu dari peringkat awal sehingga Grand Finale.

 

“Sama seperti badminton, TotalEnergies sebagai syarikat boleh dipercayai dalam pelincir dan penyelesaian mobiliti di dorong oleh semangat kecemerlangan dalam prestasi, ketepatan, dan daya tahan. Ciri-ciri badminton sebagai sukan sejajar dengan nilai teras TotalEnergies berharap dapat memberi tenaga kepada kehidupan dan komuniti melalui sokongan kami terhadap sukan ini," katanya.

 

Jennifer berkata, pihaknya akan meneruskan penganjuran Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning dan kejohanan kedua akan diadakan tahun depan.

 

“Perjalanan ke negeri-negeri berbeza sepanjang dua bulan yang lalu untuk menyaksikan pemain beraksi di gelanggang amat menginspirasikan. 

Jenifer li bersama para delegasi pemain

Piala ini membuktikan bahawa negara kita mempunyai ramai pemain badminton perbakat dan kami sangat teruja kerana format badminton 3V3 memberi mereka ruang berbeza untuk mempamerkan kemahiran mereka," ujarnya.

 

Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan mobiliti selamat dan kesedaran keselamatan jalan raya…
Berita Domestik
Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen TotalEnergies Malaysia untuk menyumbang ke…
Berita Domestik
Kejohanan badminton tiga lawan tiga (3V3) itu akan memulakan perlawanan pertama di Kuala Lumpur…