Topi keledar berbentuk cerek curi tumpuan netizen

oleh Penyumbang Rencana|
Gelagat seorang lelaki yang memakai topi keledar berbentuk cerek tular sekali gus menarik perhatian netizen yang terhibur melihatnya di Kuala Lumpur.


Individu tidak dikenali itu yang dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen dengan sikapnya yang tidak hiraukan keadaan sekeliling dan hanya membuat hal sendiri.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Walaupun siaran asal sudah dipadamkan, ia disiarkan semula di laman sosial Instagram dan setakat ini hantaran itu mendapat 3,965 'likes' serta 354 perkongsian.

Rata-rata netizen yang terhibur dengan sikap lelaki berkenaan membanjiri ruangan komen dengan kata-kata gurauan.

 

"Jin dah tak muat nak masuk dalam teko, masuk kepala pun jadilah," kata @miegha.

Komen yang tidak serius ini menggambarkan sentimen umum kebanyakan netizen di luar sana.

"Tidak hairanlah saya tidak boleh masak air, cerek sudah diambil," kata salah satu akaun yang lain.

Topi keledar yang berbentuk cerek, lengkap dengan penutup dan muncung, mencetuskan rasa ingin tahu netizen mengenai asal usulnya dan di mana lelaki itu membelinya.

Walaupun video itu mengundang tawa kebanyakan netizen, sesetengah daripada mereka tidak dapat mengelak daripada tertanya-tanya bagaimana reaksi pegawai penguat kuasa terhadap individu yang memakai topi keledar tersendiri.

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana reaksi pihak berkuasa trafik terhadap topi keledar yang tidak konvensional ini selain menimbulkan kebimbangan mengenai peraturan keselamatan ketika di jalan raya.

Apa yang masih belum terjawab adalah sama ada topi keledar khas ini memberikan keselamatan yang mencukupi untuk pemakainya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul Yusri Omar, 52, dengan topi…
Berita Domestik
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 27 Mac lalu, dipercayai berpunca daripada…
Berita Domestik
Mangsa Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu berusia tujuh tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat…