Shoei X-Fifteen rasmi dilancarkan - pilihan saiz XS-XXL, dari RM2,850

oleh Mohamad Hanif|
Sinar Puncak Sdn Bhd selaku pengedar rasmi topi keledar berjenama Shoei telah melancarkan produk helmet terbaharu X-Fifteen bertempat di Lightbox, Sungai Buloh, hujung minggu yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton eksklusif itu, di mana mereka berpeluang untuk menentukan saiz dan grafik helmet masing-masing, serta mendapat hadiah edisi terhad X-Fifteen.

Shoei membangunkan dan memperhalusi helmet terbaharu itu dengan menggunakan kemudahan terowong angin yang terkini.

 

shoei


Hasil daripada pembangunan tersebut, helmet X-Fifteen mampu menawarkan tahap aerodinamik berkecekapan tinggi sehingga kelajuan 350 km/j, menyumbang kepada kestabilan tunggangan.

Ia juga turut menyumbang kepada pengurangan kadar seretan sehingga 6.1 peratus dan daya angkat 1.6 peratus berbanding model terdahulu.

Penggunaan kerangka gentian kaca enam lapis AIM+ (Advanced Integrated Matrix Plus) menjadikannya lebih ringan dan lebih selamat, dan dalam masa yang sama berkesan untuk menyerap hentakan dan impak.
 

shoei


Antara ciri lain termasuklah enam saluran udara masuk dan tujuh saluran udara keluar yang boleh ditutup atau dibuka, sistem penyejukan pipi inovatif, serta sistem pengunci visor dua tahap untuk lebih kestabilan dan menghalang visor daripada terbuka atau tercabut sewaktu kemalangan.

Secara standard, kesemua helmet X-Fifteen dibekalkan dengan visor CWR-F2R yang mampu menawarkan medan penglihatan yang lebih jelas dan mengelakkan pembentukan kabus dalam pelbagai jenis keadaan cuaca.
 

shoei


Terdapat dalam saiz bermula XS hingga XXL, helmet Shoei X-Fifteen kini tersedia dengan tiga pilihan rekaan, iaitu rekaan kosong (RM2,850), grafik (RM3,350) atau replika pelumbaan (RM3,500).

Pelanggan digalakkan untuk berkunjung ke Gomoto Experience Lab untuk menentukan kesesuaian helmet terbaik menerusi sesi muat pakai Shoei Helmet yang disediakan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan minggu lalu, pengguna motosikal hanya dibenarkan menggunakan topi keledar jenis…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
GIVI X.21 Challenger merupakan satu pilihan yang sangat praktikal yang menggabungkan rekaan full-…