Helmet Gracshaw x Adiwira DC dilancarkan, enam rekaan, RM460

oleh Mohamad Hanif|
Anda peminat watak-watak adiwira DC?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi adiwira DC berdasarkan enam karakter yang paling ikonik, iaitu Batman, Superman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan The Joker.
 

DC


Setiap satu helmet yang ditawarkan itu membawakan rekaan grafik yang tersendiri, sesuai dengan watak adiwira yang dipamerkan.

Difahamkan, hanya 1,500 unit sahaja helmet tema Superman, Batman, The Flash dan The Joker yang akan diproduksikan, sementara watak Aquaman dan Wonder Women pula hanya boleh didapati dalam 500 unit sahaja setiap satu.
 

DC


Terdapat enam pilihan saiz bermula dari M hingga XXXL, di mana setiap helmet itu membawakan ciri berikut:
-mekanisme penguncian cincin D berganda
-sistem pengudaraan berganda
-pelapik dalaman yang boleh ditanggalkan
-reka bentuk aerodinamik
-lengkap dengan pensijilan SIRIM, menjadikannya selamt untuk kegunaan harian

Helmet Gracshaw x DC ini dijual pada harga RM460, dan setiap pembelian didatangkan dengan kotak khas, dilengkapi dengan beg eksklusif, sijil ketulenan dan pelekat unik DC.
 

DC


Pembeli juga boleh mendapatkan sehingga lapan warna dinamik untuk visor helmet yang mampu meningkatkan lagi penampilan dan daya tarikan estetik.

Helmet Gracshaw x DC ini boleh didapati menerusi 30 pengedar terpilih di seluruh Malaysia, anda boleh hubungi Gracshaw di talian +604 916 3876.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat enam reka bentuk unik yang dibawakan pada helmet dwi-visor Gennex, iaitu Kurita, Tsuru,…