TOM's hasilkan pakej talaan bernilai RM1 juta untuk Toyota Century!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Century bukanlah sebuah kenderaan untuk semua orang, hanya dikhususkan untuk golongan berjawatan tinggi atau ketua sebuah negara, seperti yang ditunjukkan oleh Maharaja Jepun (Century Convertible) dan CEO Toyota (Century GRMN).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Statusnya sebagai sebuah Rolls-Royce Jepun menyebabkan rupa bentuknya perlulah memiliki sifat kemewahan yang sebenar, tidak dipasang dengan kit badan mengarut dan sebagainya. 

Bukanlah bermakna Century diharamkan untuk memiliki penampilan sporty, anda boleh lihat sendiri Century GRMN milik Akio Toyoda yang pernah kami tampilkan sebelum ini. 

 


Namun, jika anda inginkan kelainan, boleh cuba sendiri melihat pakej yang dihasilkan oleh TOM's Racing - penala yang sinonim dengan jenama Toyota. 

Dibangunkan sebanyak 36 unit sahaja, pakej ini merangkumi sedikit talaan kepada respons pendikit dan bunyi enjin, namun kuasa yang terhasil masih lagi mengikut atas kertas. 

 


Ini bermakna, Toyota Century ini masih kekal dengan nadi V8 (375 hp/510 Nm) dibantu dengan motor elektrik (221 hp/300 Nm) dengan kuasa keseluruhan sebanyak 425 hp.

Antara kemaskini yang dibawakan termasuklah kit badan perak metalik yang merangkumi bumper hadapan dan belakang, skirt sisi, lampu nyalaan siang LED, empat tip ekzos, rim bersaiz 21 inci dan spoiler trunk lid.

 


Ruang dalaman pula dihiasi dengan balutan kulit Fine Nappa dengan pelbagai pilihan warna dan jahitan yang bersesuaian dengan kehendak pembeli. 

Harus diingatkan, harga pakej talaan TOM's ini bermula dari ¥28.1 juta (RM1.05 juta) tidak termasuk harga asal kereta Toyota Century. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…
Berita Global
Tidak seperti model-model kereta penumpang Toyota yang lain, Century SUV ini dikategorikan di dalam…
Berita Global
Semasa membentangkan fakta berkenaan model baharu Alphard dan Vellfire tempoh hari, Ketua Pegawai…