Toyota Century SUV 2024 - nadi V6 PHEV, 406 hp, dari RM792k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tiga generasi sedan mewah eksklusif Toyota Century berada di pasaran, Toyota akhirnya secara rasmi mengumumkan ketibaan model Century baharu dalam bentuk badan SUV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model-model kereta penumpang Toyota yang lain, Century SUV ini dikategorikan di dalam segmen premium 'chaffeur-driven car'.

Ini bermakna, SUV ini dibeli bukan untuk dipandu, akan tetapi ia menyediakan ruang privasi sama seperti konsep yang dibawakan pada Toyota Century Sedan.
 

Century


Dari segi dimensi, Toyota Century SUV membawakan ukuran sepanjang 5,205 mm, lebar 1,990 mm, tinggi 1,805 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,950 mm.

Tahap ketegaran kilasan badan serta keselesaan turut dipertingkatkan.

Imej gah Century SUV ini banyak disumbangkan oleh bentuk badan yang bersegi, sementara profil sisi SUV ini lebih bersih tanpa sebarang kehadiran garis-garis badan yang merapu.
 

Century


Di bahagian depan, Century SUV membawakan rekaan jeriji yang tertutup, lengkap dengan logo Century, unit lampu berlapis, diikuti dengan bukaan bawah bampar yang juga bersegi.

Sementara bahagian belakang juga turut menampilkan rekaan lampu yang sama, plet nama CENTURY dan emblem logo burung phoenix di bahagian tengah.
 

Century


Seperti yang disebutkan tadi, fokus pembangunan Century SUV ini bukanlah untuk pemandu, akan tetapi untuk penumpang di bahagian belakang.

Golongan Datuk Seri boleh merehatkan badan di atas tempat duduk yang boleh dibaringkan sepenuhnya ditemani dengan sistem audio yang menawarkan lontaran bunyi seperti persembahan secara langsung.
 

SUV


Pintu belakang menawarkan bukaan lebar sehingga 75 darjah, lengkap dengan tempat pemegang pada tiang B serta tempat pemijak sisi yang boleh dilancarkan secara automatik.

Bukan itu sahaja, pembeli boleh menempah pintu belakang bukaan gelangsar bagi menjadikan penawaran Century SUV yang lebih unik.
 

Century


Susun atur kokpit pula menampilkan rekaan papan pemuka yang ringkas, lengkap dengan skrin infohibur tengah, skrin kluster digital, roda stereng dengan kehadiran pelbagai butang fungsi, serta konsol tengah yang lebih ringkas.

Tidak seperti Century Sedan yang dibekalkan dengan nadi V8 (dan Century terdahulu dengan nadi V12), Century SUV didatangkan dengan trenkuasa plug-in hibrid 3.5 liter bentangan V6 (kod 2GR-FXS) yang sama dimuatkan pada Lexus TX 550h+.

Trenkuasa itu mampu menawarkan 406 hp yang dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda E-Four Advanced.
 

Century


Bukan itu sahaja, aspek pengendalian ditambahbaik dengan kehadiran fungsi stereng semua roda Dynamic Rear Steering (DRS) untuk memudahkan pemanduan pada julat kelajuan rendah, sederhana dan tinggi.

Terdapat mod Rear Comfort disediakan untuk memastikan keselesaan penumpang belakang terjamin bukan sahaja ketika sedang bergerak, akan tetapi semasa kenderaan diberhentikan.

Selain itu, Toyota menggunakan kaca berlamina jernih yang mampu mengurangkan bunyi hingar di bahagian pemisah ruang kargo dan kabin untuk memastikan tahap kesenyapan ideal yang biasa dikaitkan dengan kereta yang dioperasikan pemandu dapat dicapai.
 

Century


Di Jepun, harga jualan Toyota Century SUV bermula dari 25,000,000 JPY (RM792,356).

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan itu, awal tahun lalu Toyota menghasilkan pula sebuah Century SUV Convertible…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Seperti sebuah kanvas yang sedia untuk dicorakkan, Toyota Century SUV boleh didapati dalam versi…