Semasa membentangkan fakta berkenaan model baharu Alphard dan Vellfire tempoh hari, Ketua Pegawai Jenama Toyota, Simon Humphries membuat kejutan berkenaan Century SUV.

"Toyota Century membawakan pengalaman perkhidmatan pemandu (chauffeur) yang terbaik, namun ia juga perlu berevolusi.
"Saya berharap pada tahun ini, saya dapat berpeluang untuk berkongsi tentang penambahan terbaharu terhadap siri chauffeur Toyota. Ia akan menjadi satu langkah yang impresif dalam misi untuk mengubah masa hadapan kereta.

Berdasarkan gambar acah yang diperlihatkan pada skrin, Century SUV membawakan perkadaran badan, bonet yang panjang, bukaan tingkap, serta rekaan belakang yang diinspirasikan daripada Rolls-Royce Cullinan.
Century SUV berkemungkinan besar akan dibangun menggunakan pelantar TNGA-K yang sebelum ini menjadi asas kepada model seperti Toyota Highlander, Lexus TX, Toyota Alphard/Vellfire dan Lexus LM, selain dijangka membawakan trenkuasa hibrid.

Berbanding sedan Century berharga ¥20 juta (RM650,520), SUV Century ini akan dijual pada harga sekitar ¥15 juta (RM487,890).
Ia akan diproduksikan di kilang Tahara, Jepun dan bakal dieksport ke beberapa pasaran utama global.
Gambar utama: Kolesa