Tol Guthrie (GCE) beri diskaun 10 peratus sempena Krismas

oleh SALINA JALIL|
Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menawarkan pemberian diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pemandu kereta yang menggunakan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) sempena sambutan Krismas, Rabu ini.

 

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) PROLINTAS, Ir Rostam Shahrif Tami, dalam satu kenyataan, hari ini, berkata pengguna bagi kenderaan Kelas Satu akan menikmati diskaun tol bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari Rabu ini.

 

“Diskaun diberikan selama 24 jam ini adalah sebahagian daripada usaha PROLINTAS melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

 

“Pemandu kereta hanya perlu membayar RM1.70 untuk setiap tol plaza GCE,” katanya.

 

map guthrie

 

 

 

 

sumber: Berita Harian

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata sumbangan itu untuk kumpulan…
Berita Domestik
Selain pengedaran kepada pengguna lebuh raya PROLINTAS, sejumlah penutup muka  turut diedarkan…
Informasi
  Melalui Facebook PROLINTAS, mereka telah menerangkan bahawa pembinaan lebuhraya SUKE bagi pakej…