TLDM terima aset baharu bot pemintas FIC bernilai RM80 juta

oleh Mohamad Hanif|
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima enam kapal pemintas atau Fast Interceptor Craf (FIC) bernilai RM80 juta yang akan digunakan segera dan ditempatkan di pangkalan utama TLDM di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kapal pemintas baharu itu akan digunakan untuk penugasan operasi bagi memperkukuh tahap kawalan di perairan negara terutama Op Benteng.

"Penempatan aset ini akan ditentukan kemudian di (pangkalan TLDM) seluruh negara termasuk Sabah," katanya selepas demonstrasi dan majlis simbolik penyerahan FIC di Jeti Peluru Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Kapal tempur yang dibina sepenuhnya Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd (GMI) di limbungan GMI di Lumut Port Industrial Park, Perak dalam tempoh lima bulan itu diserahkan kepada TLDM pada 19 Mac lalu.

 Bot tempur FIC yang dilengkapi dua jentera utama dengan sistem dorongan water jet, mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 50 knot dan dikendalikan lima kru serta mampu membawa hingga lapan anggota Quick Reaction Force (QRF) pada satu-satu masa.

FIC yang akan diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB) berupaya mempertingkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek dan berpulau.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan menambah lagi 13 kapal jenis sama untuk mengukuhkan lagi kawalan perairan negara.

"Penerimaan enam kapal berkenaan adalah peringkat pertama dan kita bercadang untuk menambah lagi 13 kapal sama bernilai lebih RM120 juta," katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas…
Informasi
Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata 17 kapal adalah daripada TLDM, 15 kapal…
Berita Domestik
  Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM…