Anak syarikat Boustead Heavy Industries dapat kontrak kapal selam TLDM

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Laman berita Bernama melaporkan BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES), anak syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) telah menerima surat lantikan bagi dua kontrak berkaitan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM140 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas Perdana Menteri TLDM bernilai RM99.8 juta, kata BHIC dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Tempoh kontrak itu adalah selama 11 bulan bermula dari 15 Mac, 2023 sehingga 14 Februari, 2024.

Dalam makluman berasingan kepada bursa, kumpulan itu berkata BSES juga memperoleh lanjutan kontrak penyelenggaraan kemudahan kapal selam untuk TLDM bernilai RM40.2 juta.

Tempoh kontrak adalah selama 12 bulan bermula 1 Jan, 2023 sehingga 31 Dis, 2023.

"Kontrak rasmi antara kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dimeterai kemudiannya,” kata BHIC.

Kumpulan itu berkata kedua-dua kontrak tersebut akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan BHIC Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.

Sumber: Bernama