Sultan Selangor - Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.


Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM bertitah semasa pertemuan tersebut bahawa pertukaran aset yang telah berusia itu perlu dilakukan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.

 

Khamis lepas, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

 

Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 Nov 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Jan ini.

 

Mohd Reza turut merafak sembah memperkenalkan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18.

 

 

- Tahukah anda bahawa 75 peratus kapal TLDM sudah berusia! Ada yang berusia di antara 40 - 50 tahun! Sebagai contoh, kapal peronda laju (Fast Attack Craft) yang beroperasi di Pangkalan TLDM Kuantan, semuanya sudah mencecah usia 50 tahun! Tak percaya? Baca di sini -

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  "Baginda berkenan untuk mengabadikan nama tokoh tersohor tanah air itu pada jalan berkenaan bagi…