Beam Mobility luaskan operasi di universiti seluruh Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat perkhidmatan mobiliti mikro, Beam Mobility Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia bagi menyediakan e-skuter Beam untuk digunakan di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bukan sahaja memfokuskan pada pengoperasian di bandar utama seluruh Malaysia, Beam turut menawarkan perkhidmatannya kepada beberapa universiti tempatan sebagai usaha mereka untuk menggalakkan perjalanan bebas kereta bagi generasi muda Malaysia.

 

2

 

Antara 9 universiti yang tersedia dengan perkhidmatan e-skuter Beam ialah:

  • Universiti Sains Malaysia Penang (USM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah
  • International University of Malaya-Wales (IUMW)
  • EduCity Iskandar
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Pahang

Tahun ini juga, Beam menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan e-skuter nya di lebih banyak universiti seluruh Malaysia bagi meluaskan lagi rangkaiannya, sehingga kini juga jumlah tunggangan telah melepasi angka 1,000 di seluruh universiti Malaysia setiap hari.

 

3

 

Kewujudan e-skuter di setiap universiti tentu sekali dapat memberikan kemudahan kepada para pelajar dan juga kakitangan untuk bergerak di antara bangunan fakulti, dewan kuliah, kemudahan sukan dan riadah serta bangunan kediaman.

Dengan kadar bayaran semasa yang berpatutan iaitu RM0.60 seminit, e-skuter Beam itu merupakan pilihan mod pengangkutan yang lebih menjimatkan kos untuk pelajar dalam jangka masa pendek dan panjang.

 

5

 

Kampus EduCity Iskandar, bandar pendidikan berbilang kampus pertama di Asia menyaksikan penggunaan e-skuter Beam yang aktif oleh para pelajar dari 9 universiti berbeza di seluruh kampus seluas 305 ekar.

E-skuter yang memenuhi ruang-ruang kampus itu dapat menghubungkan perjalanan di antara Kompleks Sukan EduCity, ruang sosial dan kerja bersama yang inovatif (EduCity Hub), ruang inkubasi start-up (FastSpace), dan bangunan penginapan pelajar (EduCity Village).

Kampus EduCity Iskandar adalah salah satu daripada tujuh kerjasama Beam yang semakin berkembang bersama dengan universiti-universiti di Malaysia.

 

6

 

Selain itu sejak Disember 2022, Beam telah dijadikan rakan pelaksana untuk Sandbox of Sustainable Micromobility Integration and Innovation.

Ianya merupakan kerjasama selama setahun antara Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan URBANICE Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memanfaatkan saiz e-skuter yang mudah diakses, lebih ramai rakyat Malaysia mula menggunakannya…
Berita Domestik
Ia dilihat sebagai pengenalan kaedah bagi mempunyai potensi untuk mereka bentuk semula sepenuhnya…
Berita Domestik
Beam menyatakan perasaan lega kerana tiada orang yang tercedera dalam kejadian itu, dan mereka akan…