Beam kini tersedia di 15 lokasi baru Petaling Jaya, tawar promosi Ramadhan sehingga 23 April

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena memudahkan perjalanan sepanjang bulan Ramadhan ini, Beam Mobility Malaysia menawarkan promosi Ramadhan dimana anda boleh menikmati Pulangan Tunai Kredit Beam RM2 untuk setiap perjalanan berkumpulan yang diambil sehingga 23 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjalanan sepanjang Ramadhan kini lebih mudah dengan memanfaatkan kelebihan e-skuter Beam yang tersedia di pelbagai kawasan Lembah Klang seperti Ampang Jaya, Taman Melawati serta Shah Alam Seksyen 7 dan 14.

Tentu sekali, bagi umat Islam juga e-skuter dari Beam dapat membantu untuk memudahkan perjalanan pergi dan pulang bagi menunaikan solat sunat Terawih.

Perjalanan menggunakan e-skuter Beam juga boleh menjimatkan masa dengan mudah dalam perjalanan pergi dan balik ke bazar jika dibandingkan dengan kereta.

Kesannya, ia dapat membantu sesebuah kawasan itu mengurangkan kesesakan dan pelepasan karbon, menjadikannya lebih selamat dan selesa untuk pejalan kaki untuk, dan peniaga bazar beroperasi.

 

2

 

Selain itu juga, Beam kini tersedia di 15 kawasan baru di Petaling Jaya dimana ia akan menambah baik ketersambungan di kejiranan pinggir bandar yang luas di PJ, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Berikut merupakan 15 lokasi baharu Beam di Petaling Jaya:

  • SS2
  • SS4
  • SS5
  • SS6
  • SS7
  • SS21

 

  • Seksyen 13
  • Seksyen 16
  • Seksyen 17
  • Seksyen 20
  • Seksyen 21
  • Seksyen 22

 

  • PJU 1
  • PJU 5
  • PJU 8

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memanfaatkan saiz e-skuter yang mudah diakses, lebih ramai rakyat Malaysia mula menggunakannya…
Berita Domestik
Ia dilihat sebagai pengenalan kaedah bagi mempunyai potensi untuk mereka bentuk semula sepenuhnya…
Berita Domestik
Beam menyatakan perasaan lega kerana tiada orang yang tercedera dalam kejadian itu, dan mereka akan…