Tiga R di Nurburgring - Golf R, Tiguan R dan Arteon R!

oleh Mohamad Hanif|
Litar Nurburgring baru-baru ini menyaksikan kehadiran tiga model berprestasi tinggi Volkswagen tanpa sebarang pelekat samaran yang nampaknya sudah bersedia untuk menyerang beberapa pasaran dunia sedikit masa lagi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Daripada tiga model tersebut, Golf R merupakan antara model hot hatch yang paling dinanti-nantikan selepas pelancaran trio model Golf GTI, Golf GTE dan juga Golf GTD.

Penampilan Golf R juga dilihat merupakan satu anjakan berbanding model Golf yang lain, di mana muka hadapannya lebih unik dan bukaan bumper lebih garang berbanding penggunaan rekaan sarang lebah.

 


Set rim juga dilihat bersaiz lebih besar menghiasi keempat-empat ruang arca roda dan kelihatan penggunaan angkup brek berwarna biru dibalik rim tersebut.

Sementara itu, ruang belakang Golf ini tampil dengan rekaan spoiler yang sedikit berbeza dan diakhiri dengan empat unit tip ekzos yang menandakan ia sememangnya sebuah Golf R.

 


Beralih kepada sedan Arteon R, ia juga merupakan inisiatif Volkswagen untuk meningkatkan jualan sedan Arteon yang agak sendu di beberapa pasaran.

Sebelum ini Volkswagen telah melancarkan varian Arteon R-Line Edition yang merupakan varian tertinggi (setakat ini) didatangkan dengan dua versi enjin, 2.0 TSI (268 hp) dan 2.0 TDI (236 hp), sistem pacuan semua roda 4Motion dan DCC.

 


Akhir sekali, kehadiran SUV pantas Volkswagen Tiguan R mengiringi kedua-dua hot hatch dan sedan pantas.

Dari segi penampilan, ia juga turut membawakan rekaan hadapan yang lebih agresif dengan bukaan bumper yang lebih besar, set rim yang lebih besar.

Namun, tidak seperti Golf R, Tiguan R hanya didatangkan dengan set tip ekzos berkembar yang diposisikan di bahagian kiri SUV.

 


Spesifikasi Arteon R dan Tiguan R masih tidak diketahui buat masa ini, namun terdapat kemungkinan ia akan dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa 300 hp serta sistem pacuan semua roda sebagai ciri standard.

Sumber gambar: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Domestik
Ini adalah berdasarkan semakan di laman web rasmi Volkswagen Malaysia di mana model tersebut telah…