Selepas setahun, VPCM henti jual Golf paling murah di pasaran

oleh Mohamad Hanif|
Selepas setahun dilancarkan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara senyap-senyap menghentikan penjualan bagi model hatchback segmen C Golf R-Line.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berdasarkan semakan di laman web rasmi Volkswagen Malaysia di mana model tersebut telah pun dikeluarkan daripada senarai kereta yang dijual.
 

Golf


Sepanjang tempoh penjualan, Golf yang paling mampu milik itu memiliki tanda harga bermula dari RM169,990.

VW Golf R-Line 2022 dikuasakan oleh enjin 1.4 TSI menghasilkan 150 PS dan daya kilas 250 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan beserta ciri shift-by-wire.
 

Golf R Line


Sebagai perbandingan, sebuah lagi hatchback segmen C yang ada dijual di Malaysia, iaitu Mazda3 dijual pada harga bermula dari RM143,320 hingga RM161,059.

Dengan terkeluarnya Golf R-Line daripada senarai kereta VW Malaysia, Golf kini secara rasmi menjadi keluarga hot hatch yang terdiri daripada Golf GTI (RM225,990) dan Golf R (REM429,990).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada kempen We Drive Footbal yang dilancarkan baru-baru ini…
Berita Domestik
Langkah ini turut melibatkan semua pusat pengedar dan pusat servis di seluruh negara, namun…
Berita Domestik
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) optimis pertumbuhan jualan yang lebih baik untuk tahun…