“Sebelum itu (berlaku kesesakan) lorong tol nombor lima arah timur ditutup semasa trafik lancar dan kemudian dibuka apabila berlaku peningkatan trafik secara mendadak.
“Sistem plaza tol semua berada dalam keadaan baik dan kesesakan bukan disebabkan masalah sistem tol,” katanya.
Sebelum itu seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Faris, 32, berkata, sistem tol mengalami kerosakan sehingga menyebabkan kesesakan trafik tidak bergerak selama hampir satu jam pada kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari Sabtu.