Tiada had umur memandu buat masa sekarang - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan tidak ada perancangan buat masa sekarang untuk memperkenalkan had umur untuk pemandu kenderaan.

Anthony mengaku bahawa ada cadangan dari pelbagai pihak untuk mewujudkan had umur maksimum pemandu bagi tujuan mengelakkan kemalangan tetapi beliau berkata pihak kementerian perlu praktikal dan mengkaji secara terperinci sebelum apa-apa keputusan dibuat.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Beliau ditanya oleh pihak media berkaitan kajian dari Universiti Putra Malaysia yang dilakukan tahun lalu di mana 30 peratus dari pemandu yang berusia lebih 60 tahun masih lagi aktif memandu.

Anthony juga berkata bahawa tindakan mewujudkan had umur itu akan memberi tanggapan bahawa pemandu di atas 60 tahun adalah penyumbang punca kemalangan.

"Tun Mahathir sudah berusia 99 tahun dan beliau masih memandu. Malah ayah saya juga masih memandu," ujar beliau.

Menteri itu juga berkata bahawa ia adalah sedikit sukar untuk menghalang warga emas dari memandu kerana akan memberi impak negatif kepada mobiliti pergerakan harian mereka, terutama mereka yang tinggak di kawasan pendalaman.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika menjawab soalan di sidang…
Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…