JPJ akhiri penantian 40 tahun warga emas dapat lesen

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Sambutan hari lebaran bulan hadapan pastinya lebih menggembirakan dua warga emas dari daerah Dalat, apabila mereka boleh berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan dengan bermotosikal tanpa sebarang kerisauan dikenakan saman oleh pihak berkuasa.

Apa tidaknya, sejak lebih 40 tahun lalu Henry Na Alphonso Apin, 66, dan Sabtuyah Lee, 60, telah menunggang motosikal tanpa lesen.

Kini mereka telah mempunyai lesen memandu yang diperolehi menerusi Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen), Peringkat Dewan Undangan Negeri Dalat yang dikendali Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis yang disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, di Stadium Perpaduan Dalat pada Ahad.

"Sekarang saya tidak lagi takut kena saman dan berusaha mengumpul wang bagi membeli motosikal, untuk ke kebun serta kegunaan harian," katanya kepada Bernama.

Henry yang berasal dari Kampung Sungai Kut Muara, Dalat merupakan peserta paling tua program itu hanya berpendidikan setakat darjah tiga pada tahun 1970-an dan mula memasang impian memiliki lesen memandu, kerana sering dihantui rasa takut disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu.

Beliau berkata dia sedar menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah merupakan satu kesalahan, tetapi disebabkan kekangan tahap pendidikan yang rendah serta faktor kewangan hasrat memiliki lesen memandu, tertangguh.

"Dengan purata pendapatan sekitar RM450 sebulan hasil daripada melakukan kerja-kerja kampung, sudah pasti agak sukar untuk saya mendapatkan lesen melalui kaedah biasa, yang kosnya mahal untuk saya," katanya.

Oleh yang demikian Henry mengucapkan terima kasih kepada JPJ Sarawak dan Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, kerana memberi peluang kepada individu seperti beliau memperolehi lesen memandu yang sah.

Sementara itu Sabtuyah yang merupakan suri rumah berkata beliau mula menunggang motosikal seawal usia 17 tahun, lagi tetapi tidak memiliki lesen memandu.

Beliau berkata setiap kali menunggang motosikal, perasaan takut kena saman sentiasa menghantui fikirannya.

"Saya bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan kerana mengadakan program ini di Dalat, maka dapatlah saya memperolehi lesen memandu yang saya impikan sejak lebih 40 tahun lalu. Selama ini tidak pernah menyangka akhirnya saya dapat lesen memandu.

"Bila cukup rezeki nanti, saya akan beli motosikal untuk kegunaan harian di kampung," kata ibu kepada empat anak itu.

Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata seramai 738 peserta yang mengikuti program itu, berasal dari Dalat/Oya, manakala selebihnya dari Mukah, Igan dan Matu/Daro.

Daripada keseluruhan peserta program tersebut, 10 peratus dalam kalangan warga emas dan bakinya golongan muda seawal usia 17 tahun.

Kos yang mahal iaitu antara RM600 hingga RM700 bagi kelas B2 merupakan antara faktor yang menyebabkan mereka tidak mengambil lesen memandu melalui institut memandu.

Beliau menambah program MyLesen itu ditawarkan dengan diskaun khas sehingga kos hanya RM250.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika menjawab soalan di sidang…
Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…
Berita Domestik
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti pelbagai mekanisme terbaik sebelum perkara itu…