Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika menjawab soalan di sidang parlimen hari ini, beliau berkata undang-undang sekarang sudah wujud untuk menghukum ibubapa atau penjaga atau pemilik kenderaan yang membenarkan mereka di bawah umur yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan.
Mereka yang bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dikenakan penjara tidak lebih dari tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Hasbi juga berkata jumlah saman untuk memandu atau menunggang motosikal bagi mereka di bawah umur untuk tahun 2024 (sehingga 29 Februari) adalah sebanyak 578 kes.
Pihak kerajaan juga memandang serius terhadap kes-kes di mana pemandu atau penunggang motosikal yang ditangkap tanpa memiliki lesen yang sah.
Menurut The Star, pihak kementerian mahu pandangan dari pihak awam untuk mengenakan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan remaja yang memandu atau menunggang motosikal.
Apa pendapat anda?
* Sumber dari video The Star di bawah.