Thailand tawar kemasukan 60 hari tanpa visa untuk pelancong Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Thailand telah mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa atau mendapatkan visa semasa ketibaan, dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.

Jurucakap kerajaan Thailand Chai Wacharonke menyatakan bahawa Kabinet telah meluluskan beberapa langkah kemudahan visa untuk meningkatkan sektor pelancongan.

Ini termasuk pengecualian visa, memperluas senarai visa semasa ketibaan dan memperkenalkan kategori visa baharu.

Bermula 1 Jun, pelawat dari 93 negara, meningkat berbanding 57 sebelumnya boleh memasuki Thailand tanpa keperluan visa untuk tempoh sehingga 60 hari.

Selain itu, senarai negara yang layak untuk visa semasa ketibaan akan meningkat kepada 31 daripada 19 negara.

Bagi nomad digital yang mencari penginapan jangka panjang dan bekerja dari jauh di Thailand, tempoh sah visa akan dilanjutkan daripada 60 hari kepada lima tahun, dengan setiap penginapan sehingga 180 hari.

Langkah lain termasuk membenarkan pelajar universiti asing tinggal selama setahun selepas tamat pengajian dan melonggarkan keperluan insurans untuk pesara asing yang tinggal lama.

Malaysia termasuk dalam senarai 93 negara yang disenaraikan oleh Kementerian Luar Thailand, bersama Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, negara itu menerima lebih 14.32 juta pelancong setakat minggu lepas dan berhasrat untuk menarik sekurang-kurangnya 35 juta ketibaan pelancong asing pada tahun ini.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar berkata, "kami amat teruja…
Berita Domestik
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan khas yang bakal dipimpin Ketua Setiausaha…