KPDN tubuh pasukan khas untuk teliti isu perkhidmatan Touch 'n Go

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go (TNG) yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan khas yang bakal dipimpin Ketua Setiausaha kementeriannya itu dipertanggungjawab untuk melaksanakan bedah siasat terhadap isu itu secara terperinci, untuk diselesaikan dalam masa terdekat.

Di peringkat awal, beliau turut mengarahkan unit khas itu untuk menilai setiap aduan awam yang diterima, sekali gus mengenal pasti punca masalah.

Katanya, sebarang cadangan terhadap pelaksanaan tindakan turut akan diteliti bagi memastikan beban yang dialami pengguna lebuh raya dapat dikurangkan dengan kadar segera.

“Pihak kementerian akan memastikan isu-isu yang berbangkit ini seperti perkhidmatan kad prabayar Touch 'n Go di semua tol yang akan melibatkan jutaan rakyat menggunakannya setiap kali perayaan.

“Hari ini kita berhadapan dengan isu kepenggunaan jalan raya yang meningkat akibat daripada perayaan Tahun Baharu Cina. Selepas ini sudah pasti kita juga bersedia untuk menyambut bulan puasa dan juga hari raya Aidil Fitri pula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Johor Bahru, pada Sabtu.

Sementara itu, tambah beliau, syarikat monopoli bayaran tol TNG telah diarah untuk mengemukakan laporan mengenai perkhidmatan itu kepada kementeriannya secara berkala.

Jelasnya, laporan perlu dihantar kepada kementerian, kes demi kes secara harian, manakala tindakan akan diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

Menurut Salahuddin lagi, aduan yang diterima kebanyakannya melibatkan rebat kad dan kad yang gagal diaktifkan.

Di samping itu pihaknya turut menerima jumlah aduan yang tinggi sepanjang minggu perayaan Tahun Baharu Cina ini.

AstroAwani

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata syarikat yang terlibat diharap dapat membuat permohonan selewat-lewatnya 30 April…
Berita Domestik
Tindakan tegas akan diambil dengan kadar segera terhadap mana-mana kedai runcit yang didapati…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…