Mercedes-Benz, Maybank lancar kad kredit logam, tawar pelbagai manfaat kepada pelanggan

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz dengan kerjasama Maybank melancarkan kad kredit logam yang pertama di dalam industri automotif tempatan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar berkata, "kami amat teruja untuk melancarkan produk kad kredit pertama kami dengan Maybank dan Visa, untuk melengkapkan pengalaman jenama mewah pelanggan kami.

Kad logam Mercedes-Benz ini membolehkan pelanggan untuk mengumpul mata ganjaran 10x untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, diskaun 10 peratus ke atas alat ganti dan barangan rasmi Mercedes-Benz, diskaun 8 peratus untuk program lanjutan jaminan terhad Mercedes-Benz, serta diskaun sehingga 20 peratus untuk program penggantian kereta MobilityPlus.
 

Mercedes Card


Selain daripada itu, pemegang kad juga boleh menikmati ganjaran menarik seperti pulangan tunai 3 peratus untuk pembelian petrol (had RM50/bulan), keahlian Accor Plus Explorer, diskaun makan malam sehingga 40 peratus di Marriot Bonvoy Hotels, dan banyak lagi.

Permohonan yang berjaya diluluskan akan mendapat pengecualian Yuran Tahunan selama dua tahun, manakala yuran tahunan berikutnya akan turut dikecualikan dengan perbelanjaan kad terkumpul sebanyak RM80,000 setahun.

Permohonan kini dibuka kepada semua yang mempunyai jumlah pendapatan tahunan minimum RM100,000.

Pelanggan yang berminat boleh memohon kad logam ini di semua pengedar sah Mercedes-Benz di seluruh negara, atau dengan melayari laman web www.mercedes-benz.com.my/mercedescard.

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…