Tertekan pedal minyak, pelanggan maut dirempuh kereta di kedai makan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Meranti, Bahau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 75 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku semasa pemandu kereta jenis Toyota Camry iaitu seorang lelaki berumur 78 tahun memandu seorang diri dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti.

"Setiba di lokasi kejadian, ketika hendak meletakkan kenderaan di hadapan kedai makan tersebut, tiba-tiba dia tertekan pedal minyak.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaannya terus bergerak ke hadapan sebelum melanggar dua orang awam yang sedang makan di kedai makan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 35 tahun, mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol," katanya.

Chang Hook berkata, pemandu kereta tersebut telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi tujuan siasatan.

"Pihak polis meminta agar saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746.

"Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata ketika kejadian…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kejadian dipercayai berlaku…
Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 6.04 petang itu, pemandu SUV berusia 32 tahun dan dua penunggang…