Kemalangan enam kenderaan, pemandu X70 dipercayai terlelap

oleh SALINA JALIL|
Kemalangan membabitkan enam kenderaan di Plaza Tol Sungai Petani Selatan di sini semalam dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dikatakan tertekan pedal minyak akibat terlelap.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.04 petang itu, pemandu SUV berusia 32 tahun dan dua penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala tiga lagi pemandu kenderaan lain tidak cedera.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila SUV Proton X70 dipandu seorang wanita merempuh belakang kereta Perodua Axia yang sedang menunggu giliran untuk memasuki lorong RFID di laluan keluar menghala ke arah bandar.

 

“Rempuhan kuat itu menyebabkan Proton X70 hilang kawalan lalu merempuh panel elektrik milik PLUS di sebelah kiri bahu jalan sebelum terbalik,” katanya di sini hari ini.

 

Kata Zaidy, pada masa sama, dua penunggang motosikal yang sedang melalui lorong motosikal cuba mengelak kereta Proton X70 yang terbabas itu sehingga menyebabkan mereka hilang kawalan lalu merempuh pagar dan kendeaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima serta Toyota Vios yang diletakkan di deretan kedai bersebelahan plaza tol.

 

Menurutnya, siasatan awal percaya pemandu Proton X70 itu terlelap semasa menghampiri plaza tol dan tidak menyedari kakinya tertekan pedal minyak.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kereta Toyota Vios dipandu rakan mangsa itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal…
Berita Global
Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan…
Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…