Warga emas tertekan pedal minyak, Honda Accord rempuh kedai

oleh SALINA JALIL|
Seorang warga emas dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya merempuh kedai alat telekomunikasi di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 3.25 petang itu, lelaki berusia 64 tahun terbabit memandu kereta Honda Accord.

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata ketika kejadian lelaki itu mahu meletakkan kereta di hadapan kedai itu.

 

Bagaimanapun, katanya lelaki itu tersalah tekan pedal minyak menyebabkan keretanya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam kedai.

 

"Kereta itu melanggar peralatan dalam kedai itu, namun kejadian tidak menyebabkan kecederaan kepada pemandu dan orang awam yang berada di dalam kedai itu.

 

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1958 (Rule 10 LN166/59)," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi (Sabtu).

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengenalan Accord 2023 adalah simbol kepada gaya reka bentuk baharu Honda yang sebelum ini…
Berita Global
Sedan generasi kesebelas itu dikatakan bakal membawakan keseronokan kembali ke dalam segmen sedan…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…