Tercampak 10 meter dari jejambat, penunggang motosikal maut

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira 10 meter (m) dalam kemalangan di Kilometer 10.1 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), di Bukit Mertajam, petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa warga tempatan berusia lingkungan 60-an dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata kemalangan hanya membabitkan penunggang motosikal yang dipercayai terbabas sendiri.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sejurus tiba di lokasi (atas jejambat) motosikal ditunggangi mangsa terbabas lalu merempuh penghadang besi sebelum terjatuh ke bawah.

"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera di muka dan badan. Mangsa dibawa ke HSJ sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan maklumat boleh disalurkan di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di talian 04-5301342 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, proses pembinaan sedang giat dijalankan termasuk kerja elektrikal dan turapan serta…
Berita Domestik
"Ini merupakan satu perancangan yang kita katakan antara keutamaan. Kita ada lebuh raya LEKAS dan…
Berita Domestik
  "Kes sedang disiasat Unit Siasatan Kemalangan Lebuh Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan…