Pemandu treler ada 22 rekod, treler ada 41 saman trafik terkumpul

oleh SALINA JALIL|
Pemandu treler yang jatuh dari atas jejambat Lebuhraya Utara Selatan ke Jalan Kuala Kangsar dekat sini, hari ini didapati mempunyai 22 rekod saman trafik.


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, 22 rekod yang dimiliki lelaki berusia 50 tahun itu termasuklah empat kesalahan kemalangan, selain treler yang dipandunya itu didapati mempunyai 41 saman trafik terkumpul.


Bagaimanapun, menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu itu bebas dari pengaruh dadah selain dia juga tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu.

 

"Kes sedang disiasat Unit Siasatan Kemalangan Lebuh Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…
Berita Domestik
  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd. Izwan Md. Said berkata, sepasukan anggota dari…
Berita Domestik
Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabkan pemandu treler cedera ringan manakala laluan di dua-dua…