Terbangkan dron di kawasan istana, polis Johor sedang kesan pelaku

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis Johor sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menerbangkan dron di kawasan istana di negeri Johor, minggu lalu.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang, 10 Mei lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, sejurus laporan diterima, pihaknya memanggil Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman bagi mengambil tindakan lanjut.

"Ada beberapa percubaan dron diterbangkan dan pihak polis sedang mengesan mereka.

"Individu itu menerbangkan dron ke kawasan larangan termasuk di Istana Johor, jadi kita telah memanggil Unit Dron untuk buat pemantauan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor pada Khamis.

Berangkat ke majlis itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan dua anakandanya, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Pada masa sama, Kamarul Zaman memberi amaran kepada pengguna dron supaya mematuhi peraturan yang tidak membolehkan dron diterbangkan di kawasan larangan yang telah digariskan dalam undang-undang seperti lapangan terbang, kawasan istana dan kawasan keselamatan.

"Terbangkan dron pun tidak boleh melebihi 500 meter, itu syaratnya," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…